Wednesday, January 6, 2010

PELABURAN BERHARGA

Anak adalah harta yang paling bernilai,lebih dari rm dan emas..

Uruskanlah anak sebaik mungkin dlm aspek:-



pemakanannya - yg halal dan berzat

ilmunya - ajar /ambil berat pelajarannya

agamanya - ajar solat puasa budi bahasa dsb

pemantauan - masa diluar rumah,nonton tv,kawan2nya,spot chek begnya dsb



Pak cik pernah lihat anak tahun 1 yg baru kenal alam persekolahan ditinggalkan ibu bapa semasa balik dari sekolah.

Serah bulat bulat pada driver bas sekolah utk mencarinya..utk hantar pulang

Pak cik lihat sendiri anak anak th 1 menangis tersedu sedu waktu rehat tak tahu membeli makanan..ibu bapa yg lain sibuk ajar anak masing masing dan menemani anak dikantin disulami kata kata nasihat dan pujuk rayu supaya anak belajar dikelas..

Ambillah cuti sehari dua utk anak kita sendiri..

ajar mereka cara membeli makanan,ke tandas,naik bas

mana yang masalah sikit pujuklah ~nanti aiman dapat kawan ramai`

balik nanti emak/ayah beli hadiah

emak nak aiman jd budak pandai

buatlah macammana pun asalkan anak kita rasa selesa dan seronok di alam

persekolahan..

Kesihan ustazah kena dukong anak kita masuk kelas..

Yg kena pujuk beli ais krim pun ada

saya tengok cikgu perempuan laa yg penat

pujuk gitu gini bila nak ngajo asyik layan anak kita..

kalau biar nanti cabut lari keluar pagar

emak/bapa kat pejabat..

anak hilang nanti saman cikgu alahai..cikgu..!!

pak cik cakap ni sebab pakcik lihat sendiri !! bukan rekaan..



cuba lah sama sama kita melibatkan diri utk sehari dua bersama anak

gilir2 lah dgn isteri..

maaf jika menyinggong perasaan..

tak ada niat tapi nak perbetulkan

kesihani cikgu

Monday, December 28, 2009

MENCARI PELUANG PELABURAN


Ramai antara kita yang sering mengeluh apabila datang tahun baru.Bagi yang mempunyai anak yang bersekolah lebih parah.Banyak wang yang terpaksa dikorbankan demi pelajaran anak anak.Jusru itu simpanan kita semakin sedikit malah ada yang terpaksa meminjam!!Kita tersepit dalam keadaan dimana pelajaran anak anak dan tabungan masa depan.Tapi bukankah pelajaran itu juga satu pelaburan untuk kita?

Namun kita lebih banyak mengeluh..!!mana nak korek lagi duit.
gaji dan habis..!! balik kampung..kenduri sana sini sepanjang bulan nov dan Disember..
meminjam mak bapak.adik beradik.?pinjam bank..??
Tahun depan barang naik lagi..!
Gaji naik juga..tapi ciput je..!!
Tak boleh nak tampung...

Kata orang tua-tua ~Sediakan payong sebelum hujan~

Memang betoi..!!

Kenapa kita tidak menabong dari awal sebelum menjelang tahu baru..
Kenapa tidak melabur setahun yang lalu..
Kalau melabur contohnya dalam saham/asb dsb sekarang ni dah tentu masalah tersebut
dapat diatasi..setidak tidaknya tak perlulah meminjam sana sini..
Jual saja aset pelaburan kita..untungnya kita tampong belanja..
modal melabur lagi untuk tahun depan pulak.

Begitulah seterusnya tahun demi tahun..! mudah kan?tak perlu ijazah pun untuk menguruskan
kewangan kita.sapa sapa pun boleh buat...
Yang penting ada disiplin kewangan
Nabi Yunus a.s. (kalau silap tlg betulkan) pun ada ajar kita bagaimana nak mengurusakan
perbelanjaan..
Sebenarnya..bukan pendapatan tak cukup..!
TAPI PENGURUSAN KEWANGAN TIDAK CUKUP MANTOP...!!!

Nak idea pelaburan..free aje
Saja nak kongsi ilmu..
Tak perlu modal besar..!
Tak perlu menaja
Tak perlu menjual

Tunggu post yang akan datang..!!

Monday, December 21, 2009

NILAI EMAS.COM

ASSALAMUALAIKUM...!!

Semoga anda semua berada dalam kesejahteraan dan sentiasa
mendapat rahmat Allah..
Saya dengan ilmu IT yang ciput ciput ni mula membuka blog dengan
tunjuk ajar anak anak yang sedang bercuti semester..
Walaupun dah tua tapi tak nak ketinggalan dengan teknologi sekarang..
Tiada istilah terlambat..yang penting buat sekarang.
Sepatutnya kita semua mesti ada blog sendiri..
Nanti mudah nak kongsi ilmu ker..!!
Tambah kenalan dan silaturahim
Asalkan nawaitunya baik..

Kalau ada bisnes lg bagus..
Boleh iklankan.
Dijemput semua yang melawat blog saya ini turut serta memberi komen
dan pandangan untuk memeriahkan lg bolg ini..

SELAMAT MEMBACA.
MUDAH MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN

BLOG INI DAN MEMERIAHKANNYA..!!